Sistem Atas Tanah dan Sistem Bawah Tanah

xterm-products

Konsep Pengumpanan

Sistem pengumpanan anai-anai ini mengambil kesempatan ke atas tingkah laku semula jadi anai-anai. Sebagai serangga sosial, anai-anai berkongsi makanan dalam proses yang dikenali sebagai trofalaksis. Sifat ini membolehkan bahan toksik yang bertindak perlahan dipindahkan melalui koloninya. Adalah penting supaya tindakan bahan toksik ini cukup perlahan untuk membolehkan anai-anai makan, kembali ke sarang, dan berkongsi sebelum ia mula berkesan.

Kunci kepada konsep ini adalah penggunaan sistem yang menarik anai-anai ke stesen makanan yang mudah diakses yang mengandungi matriks umpan yang sesuai, dan kemudiannya dibawa kembali ke sarang. Lama kelamaan, bahan toksik yang bertindak perlahan ini akan mengurangkan bilangan anai-anai ke tahap di mana koloni ini tidak lagi boleh bertahan, dan akhirnya jatuh “sakit” dan mati.

Mengapa Umpan?

Rawatan racun anai-anai biasa sering melibatkan penggerudian dan pengepaman bahan kimia yang besar jumlahnya ke dalam tanah dengan pelbagai kesan sampingan yang berkaitan termasuk gangguan, bahkan juga kerosakan hartanah. Sebaliknya, pengumpanan anai-anai adalah cara merawat serangan anai-anai yang mesra alam, dengan menggunakan bahan kimia yang khusus bagi perosak dalam jumlah yang kecil dan keadaan yang rendah tahap bahayanya serta tidak mengganggu. Umpan sesuai untuk semua situasi, bahkan mereka yang sensitif terhadap penggunaan racun perosak sekali pun.

Sistem Atas Tanah

above-ground-baiting-system

Dengan Sistem Atas Tanah (Stesen Umpan Xterm®) kami, anai-anai diumpan dan koloni mereka dihapuskan, tanpa perlu menggerudi ke dalam binaan bangunan.

above-ground-baiting-system-left-img
above-ground-baiting-system-right-img

Anai-anai subteranean yang telah menyerang harta tanah diumpan ke dalam Stesen Umpan AG Xterm®, kemudian kembali ke sarang mereka untuk berkongsi umpan ini dengan anai-anai lain di sarang tersebut.

In Ground Baiting System Application

in-ground-baiting-system

Dengan Sistem Bawah Tanah (Sistem Umpan IG Xterm®) kami, anai-anai diumpan dan koloni mereka dihapuskan, tanpa perlu menggerudi ke dalam binaan bangunan.

in-ground-baiting-system-img

Anai-anai subteranean yang Aktif dalam tanah di sekitar harta tanah dipintas oleh Stesen Umpan IG Xterm® dan mereka makan, kemudian kembali ke sarang mereka untuk berkongsi umpan ini dengan anai-anai lain di sarang tersebut.

Bagaimana sistem umpan berfungsi?

termite_baiting_system_animation

Cari Pemasang Yang Sah Xterm®

Lihat senarai Pemasang Yang Sah Xterm® yang telah menjalani latihan ekstensif untuk memastikan keselamatan dan penggunaan Xterm yang berkesan.