X

Xterm®

Pertahanan Anai-Anai anda yang Serba Lengkap

Xterm adalah pertahanan daripada serangan anai-anai yang dipercayai, yang bersifat tidak invasif dan mesra alam.

Dengan Sistem Atas Tanah (Stesen Umpan Xterm) dan Sistem Bawah Tanah (Sistem Umpan IG Xterm) kami, anai-anai diumpan dan koloni mereka dihapuskan, tanpa perlu menggerudi ke dalam binaan bangunan, manakala Wazary 10FL pula, adalah racun pencegah anai-anai yang berkesan dan tidak berbau, dan diluluskan oleh Agensi Alam Sekitar Singapura (NEA) di kawasan-kawasan tadahan hujan.

xterm_products

Kenapa Xterm®

fast_process

Prosesnya Cepat

Xterm® adalah sistem umpan pembasmian koloni anai-anai terpantas di pasaran, dengan jangka masa purata pembasmian 4 hingga 6 minggu.

environmentally_friendly

Mesra Alam

Produk Sumitomo Chemical, direka khas untuk lebih mengamankan untuk kediaman, anak-anak dan haiwan kesayangan anda. Miliki ketenangan jiwa dan lindungi kediaman anda dengan yakin.

proven_efficiency

Terbukti Efisien

Xterm® adalah salah satu cara yang telah terbukti untuk menghilangkan koloni anai-anai, yang biasanya terletak jauh di tanah dari bangunan yang diserang.

drill-free_installation

Pemasangan tanpa gerudi

Dalam kebanyakan situasi, stesen umpan Di Atas Tanah dapat dipasang menggunakan pita pelekat dan stesen umpan Di Bawah Tanah dimasukkan ke rongga pra-gali di sekitar bangunan.

Bagaimanakah Xterm® Berfungsi?

Sistem Pengumpanan Anai-anai Xterm® merangkumi komponen Atas Tanah dan juga Bawah Tanah yang menggunakan kartrij mengandungi matriks umpan yang direka khusus untuk memaksimumkan penerimaan anai-anai.

Kartrij umpan Xterm® mengandungi pengawal pertumbuhan serangga terkini yang menghapuskan serangan anai-anai subteranean dalam kadar segera. Ia mudah dikendalikan dan dipasang serta berfungsi tanpa perlu menggunakan penggerudi. Ia juga mesra alam.

Umpan ini menarik anai-anai ke stesen umpan untuk makan meskipun terdapat banyak bahan makanan lain di kawasan berkenaan. Pengawal pertumbuhan serangga ini bertindak perlahan-lahan di dalam Xterm® dan kemudian dibawa kembali ke sarang dan disebarkan ke seluruh koloni sebelum ia mula berkesan. Ini membolehkan umpan tiba kepada Ratu atau Raja. Dalam kata lain, Xterm® meletakkan nadi koloni sebagai sasaran.

Xterm® menawarkan fomulasi yang kelihatan profesional dan bersih, di samping mudah dipasang, diservis serta dipantau.

Perosak Sasaran

Termite Icon

Anai-anai.

Tahukah anda bahawa anai-anai mempunyai jajahan dan kasta yang berbeza? Klik seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut!